Day 7 (24 April 2012
- Selasa)
- Hari terakhir, sempat lagi kami shopping last kopek di pinggir bandar Shanghai sebelum menuju ke Shanghai Pudong International Airport. Flight pulang ke KLIA adalah pada pukul 3.25 petang.
![]() |
| time to leave this amazing place..bitter feeling inside |
Tips
penulis buat sesiapa yang berminat berkunjung ke China :
- Bawa tisu atau botol air mineral. Sangat2 berguna bila guna public toilet di sana. Kalau tak boleh survive dengan ‘bau harum’, sila tonyoh skit minyak angin kat hidung tu :)
- Time shopping terutama di flea market, kena bijak bargain dengan penjual. Biasanya barang diorang markup sampai 300%. Cth barang yang berharga 300 yuan, penulis gila-gila bargain sampai dapat 20 yuan = 10 ringgit. Puas hati wooo…
- Barang yang ingin dibeli kena check betul-betul. Takut kena tipu je dari segi kualiti & saiz ke..Tak sama dengan produk yang diorang display. huhuhu, penulis sendiri dah terkena. Hampeh btul.
- Hati kena kental ok. Masyarakat sana agak sombong & susah senyum. Ni tour guide kami sendiri admit begitu.
- Satu bonus kalau dapat bertutur sedikit dalam bahasa mandarin. Diorang cepat kagum kalau kita cuba bertutur dalam bahasa ibunda mereka. "Ni hao ma (Apa khabar), Xie xie (Terima kasih), Bu yao (Tak nak)"..Contoh je ok :D
Penulis
sangat kagum bagaimana sebuah negara yang dipimpin oleh pemerintah berhaluan komunis -
tiada parti lain (ni baru diktator) - mengubah negara menjadi sebuah negara yang sangat pesat
membangun dan dunia luar mengangkat mereka sebagai kuasa besar yang digeruni kerana penguasaan ekonomi dunia dalam masa yang sangat pantas.
Dengan jumlah penduduknya yang ramai merupakan penyumbang
tertinggi kepada tenaga kerja. Maka
tidak hairan, jika setakat ‘satu dua’ rakyatnya yang mati akibat kemiskinan,
penyakit atau bencana alam kerana populasi rakyatnya sangat tinggi dan
undang-undang yang dikuatkuasakan kepada semua rakyatnya iaitu satu keluarga
hanya dibenarkan memiliki seorang anak sahaja.
Kesimpulan,
penulis tersenyum puas dengan percutian kali ini. Banyak perkara yang penulis
belajar. Hakikatnya, bumi Allah ini luas. Buka mata sambil buka hati mengagumi
indahnya ciptaan tuhan. Pengalaman yang tidak mungkin dapat dibeli.
Mengalaminya sendiri merupakan satu kepuasan untuk diri penulis.
p/s : merindui mini-family yang baru dikenali seakan-akan sudah kenal lama. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin bermula dari trip ke China ini kekal seadanya :D mishhh ya
.


















































